Saturday, December 15, 2012
DAP TETAP RASIS CHAUVANIS ULTRA KIASU
Ini di buktikan dengan 6 orang calon melayu iaitu Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.Kesemuanya kalah teruk dan amat memalukan orang melayu yang masih bersama DAP..
Keputusan undi telah membuktikan bahawa undi tertinggi bagi calon melayu hanyalah 320 undi dan kaum india hanya dua orang sahaja yang terselamat iaitu Karpal singh dan anaknya Gobind Singh.Dalam masa yang sama Karpal Singh hanya mendapat tempat ketiga sedangkan beliau Pengerusi kepada parti berkenaan..
lihat senarai keputusan pemilihan
Lim Kit Siang - 1607
Lim Guan Eng - 1576
Karpal - 1411
Chong Cheing Jen - 1211
Anthony Loke - 1202
Wu Him Ven - 1202
Tan Kok Wai - 1199
Gobind Singh - 1197
Tony Pua - 1162
Teng Chang Khim - 1152
Fong Kui Lun - 1137
Nya Kor Ming - 1075
Chong Eng - 1006
Chow Kon Yeow - 986
Liew Chin Tong - 984
M.Kula - 984
Boo Cheng Hau - 958
Teresa Kok - 925
Teo Nie Ching - 903
Ngeh Koo Ham - 824
Bekas setiausaha akhbar kepada bekas Menteri kanan Singapura Lee Kuan Yew mendahului carta pemilihan ini dan di susuli anak beliau Lim Guan Eng..
Baru pemilihan dalam parti sendiri masih belum bergabung.bagaimana bila mereka bergabung dan nak menetukan kabinet pakatan???..
kita tunggu lah dalam masa terdekat pasti DAP akan melantik wakil melayu untuk di kambing hitamk kan kononnya nak buktikan yang mereka tak rasis
Wednesday, August 15, 2012
Wednesday, June 15, 2011
dah2 menyampah kalau da x leh tlg g maen jauh2

pelik kn tajuk nie.....di sebab kan tajuk pelik nie lah aku terkebil kebil xleh lelap mata samapi skunk nie dah pukul 3.25 pagi..sian aku nie...nasib2 tapi nak buat mcm mn kan...selama nie aku berkorban untuk die..tp die x hargai pun..skunk ak xdpt tolong die..die suruh aku pergi jauh2 dari hidup die..aiseh men sedap betul die halau aku...habis madu sepah di buang ceh...die dok senang2 enjoy sana sini..happy2...ade ke patut??die x paham perasaan aku ker?atau aku xpaham perasaan die?..arghh aku sayang die tapi die dah suruh aku pergi jauh dari diri die...xkan aku nak stay jugak...tembok nye aku klu dok tunggu die lagi...hurmmm..kadang2 ak kesian kat die..tp pernah ke die kesian dgn ak?amik berat pasal ak?ak ckp ak tukar number phone pon die juz jawab OWH!!..die x mintak pon number baru ak...nampak sangat ak nie xpenting dlm hidup die ek..u all tau die klu keluar dgn org lain siap update at FB siap ckp happy gile hang out ngan si pulan...tyme die kuar ngan ak xde pulak wat mcm tu...gamabr ak langsung xpernah di upload dlm fb die..yg pelik gmbar member die ramai pulak...xphm3....ak sayang sangat kat die..ak rase happy bile dpt tgk muke die...dulu die pernah block ak kat FB die..ak sanggup buat akaun FB lain n add die juz semata mata nk tgk gamabr2 die...gile kan aku..sanggup buat mcm tu.....aku sanggup berhabis duit utk die....sanggup kena marah kerana die....mcm terhegeh jer aku nie kan...tapi itu lah tanda sayang aku pada die...aku nak die bahagia tapi kenapa die xnk buat aku bahagia....sekarang die dah suruh aku pergi jauh dari diri die...aku redha..dan aku akan pergi dari diri die...mungkin ade nye aku ni juz kusot kan kepala die....bile ak dah jauh dari diri die..die pasti bahagia..well now aku akan pergi di harap kau akan berbahagia...agak2 die akan halang aku x??......walaupun pahit ku telan jua
Thursday, March 10, 2011
Iman dan rakan dalam kehidupan remaja masa kini
Iman dan rakan dalam kehidupan remaja masa kini
Alam remaja tidak lekang dari cabaran kehidupan,daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat tinggi dan ketara sekali,perasaan keinginan dan nafsu amat bergelora sekali di waktu remaja,ianya merupakan suatu transisi waktu menuju alam dewasa.Rakan sebaya sebenarnya amat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini
Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan sesuatu yang sukar,sukar untuk menentukan bagaimana sepatutnya perasaan konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah2 yang berlaku dan juga terhadap individu
Firman Allah SWT:
‘’janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang orang yang beriman’’(ali imran 3:ayat 139)
Rasa mulia dan tinggi dengan iman sesuatu perasaan yang dapat memotivasikan diri,perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap reality kemungkinan dan nilaian manusia.muslim beriman akan memegang iman dan nilai nya mengarasi segala nilai yang dating dari sumber yang lain,sungguh hebt perasaan ini menpengaruhi hidup seseorang remaja yang yakoin dengan nya,
Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan kawan,tetap teguh pendirian bila kawan kawan mengejek lekeh jika tidak merokok atau memandang tidak laku jika belum berpunya, dia tidak mudah melatah apabila di kata ‘’skema’’.iman nya menjadi perisai apabila diajak berfoya foya hebat sekali kuasa iman
Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan di suburkan hinggalah ia tidak menjadi suatu perasaan hangat hangat tahi ayam
Renaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesame mereka.
Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan rustam menjelang perang Qodisiyyah
‘’Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang di kehendakinya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian terhadap Allah SWT,dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat,juga dari kezaliman agama agama lain kepada keadilan islam’’
Wahai remaja kita di uji berhadapan dengan suara suara rakan sebaya kita,kita perlu menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat.jangan mudah mengalah.Rasa mulai dan tinggilah dengan iman……..
Friday, March 4, 2011
Hikayat Tiga Masons Melayu:Mahathir,Anwar dan Nik Aziz








Tuesday, November 30, 2010
Sabarlah wahai Pak Tua
Satu hari akan tiba jua detik bahagia tanahmu
Malah sudah ada subur dan sinar bukan..
Kau mula rasa kini kemajuan
Kerana anak-anak mudamu mula punya kesedaran
Mula bangun meneroka dunia luar
Punya keinginan sama dan kejituan
Usaha, asa, tenaga dan cita-cita
Mahu sama tinggi berdiri
Mahu selesa sama duduk rendah hati
Wahai Anak Muda
Lupakan silam kejam itu
Walau merangkak bangkitlah
Biar bertatih gagahkan kudratmu
Rancakkan wacanamu
Walau becak salut lumpur kau redah
Biar hujan berpanas
Sampai bila dan kemana mahu begini saja?
Kami peduli, kami bantu, kami bagi keperluan, kami wajar dan waras
Kerana kamu saudara seagama
Biar Angkor Wat itu berdiri megah
Biar Killing Field itu sunyi memendam darah sejarah
Biar mengalir terus Sungai Mekong yang gagah itu
Biar Tasik Tonle Sap itu terus bernyawa
Namun yang punya jiwa dan rasa itu harus sama nafasnya
Mana mungkin kami tiada hati
Kami hadir walau ada payah
Mana mungkin biar kalian sendiri-sendiri
Terasing dibumi sendiri
Walau permata menggenggam jatidiri
Harta tak ternilai
Wahai Anak Kecil
Kesat hingusmu, rapikan rambutmu
Bersihkan dirimu, sopankan zahirmu
Kerana santun timur itu tetap tangan Melayu
Pedulikan jalan debu menyesak nafas itu
Alah bisa tegal biasa
Ayuh jalan cari ilmu walau baru, walau malu
Biar orang luar gentar walau kau masih gigil
Biar tidak dipijak lagi
Biar menyembah bumi tapi berisi
Biar kudrat kental bagai besi
Terjangkau akal dek hati budi
Satu hari pasti bunga-bunga mekar itu payah suntingannya
Satu hari pasti arjunamu gagah didepan barisannya
Menjaga maruah yang terbilang
Sejarah yang takkan tumbang semula
Terhunus senjata perisai garang mengawal tanahmu
Kebal kerana percaya Tuhan itu Satu!
p/s : Sama-sama kita hayati. Maaf jika tidak rasi.
Saturday, November 27, 2010
CAMBODIA
2010/07/03
UMAT ISLAM TERCICIR ARUS PEMBANGUNAN KEMBOJA
PADA saat kapal terbang AK274 hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, petang 23 Jun lalu, terlihat petak sawah menghampar saujana mata memandang. Kelihatan juga Sungai Mekong yang berliku dan pernah mengusik hati nurani penyair, A Latiff Mohidin.
Gambaran itu tidak berbeza dengan lukisan fikiran penulis. Namun, selepas menjejak kaki di lapangan terbang, ia semakin berubah apabila melihat pemodenan yang sedang pesat. Lapangan terbang moden, besar dan bersih, sistem imigresen yang teratur dan kenderaan yang tidak berbeza dengan tanah air semakin mencairkan gambaran stereotaip sebelum ini.
Dari segi seni bina pula, Kemboja memberi perhatian terhadap simbol jati dirinya. Ini dibuktikan dengan reka bentuk bangunan seperti Parlimen dan pejabat kerajaan yang memaparkan unsur Buddha.
Penulis bersama peserta Seminar Antarabangsa Warisan Melayu Kemboja, Laos dan Vietnam, anjuran bersama UiTM, UKM, Royal Academy of Cambodia dan beberapa agensi menuju hotel penginapan di kota Phnom Penh, dipandu Koe Socheath dari Royal Academy of Cambodia yang digambarkan bekas Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Wan Zawawi, persis Aung Sang Suu Kyi (reformis Myanmar).
Ketika melintasi University of Phnom Penh, beliau menceritakan bangunannya dibakar Rejim Pol Pot pertengahan 1970-an. Rakyat Kemboja masih tidak dapat memahami mengapa universiti itu harus dimusnahkan dan bertempiaranlah profesor, pensyarah serta mahasiswanya pada waktu itu meninggalkan Phnom Penh.
Seperti kota lain di Indochina, penggunaan motosikal begitu ketara, selain terlihat juga kereta mewah yang menjalar di jalan raya.
Penggunaan hon juga berleluasa tanpa ada sesiapa yang berasa tersinggung dan di Phnom Penh dikatakan amat jarang berlaku kemalangan walaupun sistem lalu lintasnya tidak secanggih di negara kita.
Satu pemerhatian yang nyata ialah banyak taman riadah di kota Phnom Penh. Taman itu digunakan warganya untuk berehat dan bersenamrobik beramai-ramai setiap petang sama ada pada hari bekerja atau pada hujung minggu.
Ia turut dilihat di pasar seperti Central Market yang pasti menjadi tumpuan pelancong termasuk dari Malaysia. Sebagai bukti ramai pelancong Malaysia sejak sekian lama, sehingga dikatakan semua peniaga boleh bertutur bahasa Melayu yang dapat difahami sebagai bahasa perniagaan.
Tidak tertelan makanan yang sedang dikunyah pada waktu makan tengah hari pada hari kedua, apabila melihat seorang ibu muda yang mendukung anak kecilnya meminta sedekah di sebalik cermin tebal di hotel penginapan.
Begitulah antara gambaran di Phnom Penh yang lazim walaupun di tengah proses pembangunannya. Kelihatan peminta sedekah di pelbagai tempat yang sangat menguji orientasi kejiwaan kita. Namun, dapat disaksikan betapa gigih penduduknya mencari rezeki untuk kehidupan. Selain menjalankan perniagaan besar, warga kotanya menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memberikan mereka wang untuk kehidupan.
Peniaga kacang tanah rebus yang bekasnya dijunjung di kepala, penjual mi yang berjalan sambil mengandar barang jualan, penjual kraf berdagang menggunakan basikal, penyapu sampah gigih yang dibantu anak kecilnya, penjual barang permainan di pinggir jalan, selain pengusaha tuktuk (beca bermotosikal) antara pemandangan biasa yang memaparkan kekentalan semangat Phnom Penh.
Penyair Dr Lim Swee Tin yang berjalan dengan penulis ke Central Market menyebutkan wajah lelaki di Phnom Penh kelihatan agak tegang. Saya mengatakan barangkali kerana sukar mencari pendapatan untuk melangsungkan kehidupan harian.
Menurut Prof Dr Kang Om dari Royal Academy of Cambodia, satu perkara yang pasti ialah jenayah seperti rompakan, kecurian, rogol dan pembunuhan terlalu jarang berlaku di Kemboja.
Apakah kerana ajaran Buddha atau faktor hukuman yang sangat keras kepada pelakunya? Barangkali kedua-duanya. Maka, terimbaulah penulis kepada keadaan di tanah air.
Membicarakan warisan Melayu di Kemboja tentu tidak terpisah daripada tinjauan kehidupan orang Islam di negara berkenaan yang kini berjumlah kira-kira 300,000 orang. Dikatakan pada 1975, ada 700,000 orang Islam tetapi sebahagian besarnya dibunuh rejim Pol Pot yang antiagama.
Peserta mengambil kesempatan mengunjungi perkampungan orang Islam di Phnom Penh. Pada 24 Jun, peserta disediakan makan malam oleh Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) di Chrang Chamres.
Pada malam itu, peserta mengambil kesempatan bersedekah dan berwakaf untuk membantu CMIA menyediakan infrastruktur sistem pendidikan bersesuaian dengan keperluan umat Islam dalam negara yang berteraskan agama Buddha.
Pada sebelah petang 25 Jun, sekumpulan peserta ke Chrouy Changvar kira-kira lima kilometer dari tempat persidangan. Perkampungan yang didiami 400 keluarga itu terletak di tebing Sungai Mekong yang penuh cerita mengenainya.
Perkampungan berusia lebih 100 tahun itu pernah mengalami kisah duka yang amat menyayat hati ketika rejim Pol Pot menguasai Kemboja kira-kira empat tahun bermula 1975.
Chrouy Changvar kehilangan tiga imam yang dibunuh kejam oleh rejim berkenaan. Kini, Masjid Darussalam mercu tanda kampung itu sedang dalam pembinaan. Kosnya AS$150,000 dan tentu menuntut sumbangan pelbagai pihak. Seperti ketika menjadi tetamu CMIA, di Chrouy Changvar nama Malaysia sering kali disanjung.
Selama ini, sememangnya pelbagai pertubuhan Islam dan umat Islam Malaysia paling banyak menyalurkan bantuan kepada mereka. Namun, untuk mencapai tahap kecukupan, masih terlalu jauh.
Terlalu banyak yang hendak dipaparkan mengenai Kemboja. Namun cukuplah penulis menyebutkan apabila kita berkunjung ke negara serumpun dengan mata hati yang terbuka, ingin mengerti dan berbakti, rasa persaudaraan akan terikat dan terpahat.
Pemahaman terhadap budaya, bahasa dan sejarah setiap negara itu akan memunculkan rasa kesatuan bahawa kita harus hidup bersama dan saling memakmurkan dengan membantu mereka bangkit dan terus membangun.

