Wednesday, August 15, 2012



Politik BN pilihan orang muda
Dewasa ini kita dapat lihat dan rasai sendiri keadaan politik tanah air kita seolah olah semakin menjadi isu utama dalam perbualan harian termasuk lah di dalam media massa,jika kita bandingkan dengan zaman mak ayah kita cerita politik hanya di dendangkan oleh segolongan ahli politik dengam membawa imej parti masing2
Situasi hari ini sangat berbeza apatah lagi selepasa terjadinya tsunami politik pada PRU 12 yang lepas yang mana menunjukkan bilangan pengundi muda yang menyokong kerajaan telah turun mendadak yang mana kita boleh sebutkan bahawa pengundi muda lah antara yang menyebabkan TSUNAMI politik di Malaysia
Mengapa ini terjadi?
Perkara ini terjadi bukan kerana parti lawan tetapi kerana sifat orang muda itu sendiri yang harus PEMIMPIN BN FAHAMI DAN DEKATI
Jika PEMIMPIN BN duduk bersama orang muda sentuh mereka dan hargai mereka yakinlah bahawa orang muda akan kembali kepada BN
Program Transformasi
Program transformasi yang telah di bawa oleh Datuk Seri Najib adalah satu program yang Berjaya. Datuk Seri Najib sentiasa berkerja kuat turun padang untuk memastikan program yang telah di dendangkan ini Berjaya.Beliau seorang yang berfikiran kreatif sentiasa mengeluarkan idea idea baru dan juga sentiasa mendengar idea idea baru dari segenap lapisan masyarakat.Jika semua pemimpin BN mengikuti jejak langkah Perdana Menteri kita percayalah kemenangan bersama kita.Tetapi apa yang kita lihat kebelakangan ini Datuk Seri Najib seorang PANGLIMA TENTERA tanpa BALA TENTERA.tidak semua pemimpin mengikut jejak langkahnya.Di sini kita dapat melihat jika semua pemimpin ikut transformasi ini kita akan
MENANG BERGAYA